Rizq Syahmi - Labor of Love

By: marsila sulaiman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Oct-2006 08:01 Email | Share | Bookmark
Pemergian Abadi

Me and Intan bukan lah kawan rapat dari sekolah..kami kenal dan berkawan, 5 tahun bersama di sekolah tak menjadikan kami rapat walaupun cukup kenal dan ingat antara satu sama lain..tapi hari ini saya rasa seperti amat rapat dengan beliau… walaupun percubaan saya untuk menghubungi intan melalu telefon gagal, saya benar benar berharap untuk dapat bercakap cakap dgn beliau…tapi terus terang ila faham perasaan intan..masa ila dalam keadaan intan, ila pun tak bersedia nak berbual dengan sesiapa sahaja termasuk kawan rapat…hari ini walaupun kami tak pernah berkawan rapat, tiba tiba ila rasa yang kami sangat rapat, kami ada nbaluri yang sama…

Beberapa hari sebelum raya, tiba2 ila terima 1 sms berbunyi “Intan telah bersalin bayi lelaki: Ameen Faris bin Mohd Jameel, malangnya bayi telah kembali ke rahmatullah sebaik saja dilahirkan.” Air mata ila terus turun dgn laju…hati ila terus tersentuh, fikiran terus teringat akan peristiwa satu thn setengah yg lepas bila kami suami isteri kehilangan Aruah anak kesayangan kami, Aruah Muhammad Rizq Ifwat… ila faham perasaan Intan…Intan tunggu baby ni semenjak 7 tahun yang lepas…

Tapi intan lebih tabah dari ila, intan masih mampu tulis blog dan meluahkan perasaan dalam blog, ila bangga dengan semangat Intan, Ila respect ketabahan Intan… Tapi ila yakin Intan yang Allah SWT pasti tahu samada kita dapat mengatasi ujian Nya sebelum Dia menurunkan kepada kita… Allah SWT selalu menguji hambaNya yang Dia yakin dapat mengatasi ujian dan dugaan itu…

Redhakan lah pemergian Ameen, Intan…pasti dia sedang dijaga dan dilayan bidadari2 syurga … dan pasti dia sentiasa dilindungi Allah SWt…semoga satu hari nanti dia dapat bersama2 kita di syurga abadi…Bersabar lah Intan…

Alfatihah buat Aruah Muhammad Rizq Ifwat (baby of Marsila & Fuad) and Aruah Ameen Faris (baby of Intan Keristina & Jameel)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net